Friday, May 6, 2016

Lagu ABC

Terdapat banyak lagu-lagu abc untuk membantu kanak-kanak cepat mengingat dan belajar abc. Namun, kebanyaka abc yabg ada di youtube mahupun versi mp3 kebanyakannya tidak sesuai bagi kanak-kanak yang lemah dalam pembelajaran. Ini kerana, terdapat bahagian yang telalu laju menyebabkan mereka tidak dapat mengikut rentaknya. Selain itu, ada juga sebutan dalam bahasa inggeris terpaksa dimelayukan menyebabkan sebutannya tidak sama.

Maka itu, saya menemukan satu lagu ini juga daripada youtube dan yang mana saya rasa sesuai rentaknya dan mudah untuk diikuti oleh kanak-kanak lemah dalam pembelajaran. Saya memohon maaf dan keizinan kpd penerbit lagu kerana saya telah ubahsuai sedikit rentaknya di bahagian pertama lagu dan mengekalkan rentaknya di bahagian kedua lagu. Iniuntuk memudahkan kanak-kanak lemah pembelajran dapat menyanyikan bersama-sama lagu ini.



Bengkel Pengurusan Fail

Bengkel Pengurusan Fail yang diadakan pada khamis lepas memberi sedikit pencerahan berkaitan sistem pengurusan fail pemulihan khas. Hampir semua guru pemulihan khas daerah ini telah hadir taklimat yang disampaikan oleh Pn Azimah. Antara intipatinya.

Sistem rujukan fail adalah mengikut format berikut.:

xba2238 / 600 / 46 / 01

xba2238 = kod sekolah
600 = fail pemulihan di JPN
46 = fail pemulihan di sekolah (bergantung pada no fail setiap sekolah)
01 = No Fail Induk (no fail sehingga 08)

1. Terdapat 8 fail yang perlu diurus.

01. FAIL INDUK
  •  Carta organisasi
  • Pekeliling
  • Surat Menyurat
  • Minit Curai
  • Biodata Guru
  • Perancangan strategik
  • Pelan Strategik - 3 tahun
  • Pelan tindakan - 1 tahun
02. FAIL KONSEP
  • Modul Guru
  • Modul Murid
  • Manual & Instrumen Saringan Linus
03. FAIL MESYUARAT
  • Minit mesyuarat kurikulum
  • Minit mesyuarat Linus
  • Minit mesyuarat panitia bahasa melayu
  • Minit Mesyuarat panitia matematik
  • Minit mesyuarat bimbingan dan kaunseling
04. FAIL DATA
  • Keputusan saringan
  • Analisis data saringan 
  • Headcount
  • TOV
05. FAIL MURID
  • Senarai nama murid linus tidak menguasai K1 & K2
  • Profil murid
  •  Rekod / surat pemeriksaan doktor
06. FAIL PEMANTAUAN & PENCERAPAN
  • JPN
  • PPD
  • Sekolah
 07. FAIL PROGRAM & AKTIVITI
  • Apa-apa aktiviti yang berkaitan murid dimasukkan dalam fail ini.
  • Sekurang-kurangnya ada gambar dan catatan. tarikh dan masa.
08. FAIL HASIL KERJA MURIL
  • Semua hasil kerja murid difailkan.
  • Jika terlalu ramai murid, digalakkan menggunakan poket fail untuk setiap murid. 
 RUANG-RUANG YANG WAJIB ADA DI DALAM KELAS PEMULIHAN KHAS
  1. Ruang Bahasa Melayu
  2. Ruang Matematik
  3. Ruang Kinestatik
  4. Ruang Pengamatan
  5. Ruang hasil kerja murid
  6. Ruang Pengurusan
Borang Pemantauan Kelas Pemulihan Khas
http://www.mediafire.com/download/5cxq2fikf8w82zk/INSTRUMEN_PEMANTAUAN_PEMULIHAN_2015_BARU.docx

Guru-guru yang mengikuti Bengkel Pengurusan Fail

Bengkel disampaikan oleh Pn Azimah Setiausaha MGPK Tongod, Telupid