Wednesday, September 30, 2015

Ujian Saringan 2 bagi Pemulihan LITERASI Tahun 2. Alhamdulillah, kebanyak murid saya telah menguasai Instrumen Literasi Membaca Saringan 2 konstruk 6 & 7. Kini berusaha utuk menguasai Konstruk 8 hingga 12. Doakan, In Sya Allah.

Ronald Timius

Leferency Lilip

Juirin Julis

Download Soalan Instrumen Membaca Literasi Saringan 2, Tahun 2, September 2015 di sini

Monday, March 9, 2015

Keliru dengan FONIK huruf

Antara punca yang menyumbang kepada penguasaan murid dalam menguasai 3M adalah keliru dengan fonik huruf. Atau dengan kata lain, bunyi huruf itu tidak menggambarkan apa yang hendak disebut. sebagai contoh huruf vokal "a". Guru memperkenalkan murid dengan nama bunyi "ae" bagi huruf "a". sedangkan apabila kita mengeja buah "epal", ia dimulai dengan huruf "e" bukan "a". bukankah sepatutnya ia dimulai dengan huruf "a" kerana bunyinya "ae" + "pal" = ae pal.??

Demikian juga dengan vokal "e". perkataan "ikan" tidak dieja dengan menggunakan awalan huruf "e" sebaliknya menggunakan huruf "i". Sedangkan bila kita megeja "ikan" menggunakan huruf awalan "e-kan" menjadikan ianya lebih mudah. betul tidak? Akibatnya, nama huruf dengan bunyi huruf tidak sama. kita menyebut huruf "e" tetapi sebenarnya bunyinya mewakili huruf "a". kita menyebut huruf "i" tetapi sebenarnya bunyinya mewakili huruf "e".

Banyak lagi fonik huruf yang mengelirukan bunyinya. Secara peribadi, saya memuji fonik yang digunakan oleh Negera Indonesia yang menyesuaikan setiap huruf, dengan fonik dan sebutan setempat. Mungkin pendidikan kita terlalu banyak dipengaruhi oleh sistem pendidikan Inggeris. sehingga huruf-huruf yang kita sebut juga menggunakan sebutan Inggeris. Akibatnya, huruf "g" dan 'j" juga sukar dibezakan bunyinya. "Gigi" dan "jiji" kedua-duanya membawa bunyi "jiji". "Susu" dan "cucu" tetap saja berbunyi "susu" apabila dieja.

Sudah pasti ada yang pro dan kontra dengan permasalah ini. Terpulanglah apa jua kaedah yang anda gunakan dalam p&p. Bagi saya, saya biasa guna bunyi huruf, seperti huruf "g" saya sebut "gi" dan "c" saya sebut "ci". Mungkin ini salah dari satu sudut tetapi, sangat membantu murid untuk cepat membaca. Kerana yang diukur adalah membaca, bukan mengeja.


Saturday, January 17, 2015

Muridku LULUS 100%

Alhamdulillah. Setelah mejalani pemulihan sejak tahun 2009, 9 orang murid saya telah menduduki peperiksaan UPSR tahun 2014. Berkat kegigihan dan kesungguhan menuntut ilmu, serta tunjuk ajar dan didikan daripada guru-guru, akhirnya mereka semua lulus 100 dalam subjek Bahasa Melayu dan 7 orang lulus bagi subjek Matematik. Malah lebih membanggakan, 3 orang daripada bekas murid pemulihan telah mendapat A bagi subjek BM. Bagi meraikan kejayaan ini, satu majlis kesyukuran telah di adakan di sekolah dengan menjemput semua bekas murid tahun 6. Walau bagaimanapun, 6 daripada 9 orang murid pemulihan sahaja yang telah hadir.  Tahniah kepada semua murid yang telah berjaya.

Keputusan Peperiksaan UPSR 2014


 Jenny Queleen Nelson mendapat ganjaran daripada Ckg Masru


Fedzlyanis Tonis mendapat ganjaran daripada Ckg Masru

Jenlly Jonis mendapat ganjaran daripada Ckg Masru


 Ferlont Philip mendapat ganjaran daripada Ckg Masru

Reznis Tanis mendapat ganjaran daripada Ckg Masru


 Vizianah Kukong mendapat ganjaran daripada Ckg Masru

Thursday, January 15, 2015

Tirai Kelas Tahun 2015 Dibuka

Minggu persekolahan dibuka seperti biasa. Kelihatan semangat murid-muridku sama seperti tahun 2014. Tetap teruja dengan audio visual.. haha.. biasalah murid pemulihan. cuma kelas agak serabut sikit. banyak kerja tahun ni. mcm tahun sebelumnya. semoga semangat mengajar tidak pudar di tengah-tengah pedalaman Negeri Sabah.

 *sedih.. mungkin elaun pedalaman akan hilang.. :(