Monday, September 8, 2014

MURIDKU BAKAL BERENTAP ESOK

Seramai 8 orang bekas murid Pemulihan Khas akan menduduki Peperiksaan UPSR esok. Antaranya ialah Jenny Queleen, Bryndah, Vizianah, Fedzlyanis, Zilwalfred, Reznis, Jenlly, dan Suzly. Setelah hampir 6 tahun mereka menuntut ilmu di sekolah ini, esok adalah masanya untuk mereka buktikan.

Hasil daripada keputusan ujian percubaan, beberapa orang murid ini bakal lulus cemerlang dalam UPSR. Semoga mereka berjaya dalam UPSR 2014.



Gambar-gambar Kampus Kiandongo selama 3 bulan























Thursday, August 21, 2014

Rekrut Baru Murid Permata Gemilang

Sepuluh orang murid Permata Gemilang saya hari ini ( 07 Julai 2014) mengisi kelas saya yang semakin kekosongan. Kehadiran mereka kini menceriakan kembali kelas saya. Kepada jiran-jiran sebelah, diharapkan bersabar mendengar lagu-lagu yang selalunya sumbang-menyumbang.. (hahaha)..

Teriakan, pekikan daripada "tarzan kota" ini memang selalu membingitkan suasana. bak kata orang, biasalah, ngajo budak-budak.. haha.



Monday, July 7, 2014

Kunjungan ke Sekolah Pendidikan Khas




Pada 19hb Jun baru-bari ini, saya (Guru Pemulihan Khas) dan Cikgu Vincent (Guru Linus) telah mengunjungi Sk.Pekan Tongod untuk mendapatkan maklumat pertukaran sekolah anak murid saya. Ini berkaitan mengenai 3 orang anak murid saya yang sebelum ini telah menjalani "outreach" di Klinik Kesihatan Tongod berikutan masalah dalam pembelajaran. Oleh yang demikian, kami telah melakukan satu kunjungan ke Sk. Pekan Tongod untuk mengetahui prosedur kemasukan dengan lebih lanjut. Kunjungan waktu pagi ini ditemani oleh 2 orang ibu bapa murid saya yang turut serta. Sengaja saya menjemput ibu bapa ini supaya mereka dapat mengetahui lebih lanjut sekiranya anak mereka bersekolah di sini.

Hasil kunjungan, ibu bapa amat berpuas hati tentang silibus pengajaran yang telah diterangkan oleh Ckg. Mestan (Guru Pendidikan Khas). Walau bagaimanapun, faktor kenderaan telah menjadi masalah utama untuk menghantar anak mereka ulang-alik setiap pagi ke sekolah ini yang jaraknya sejauh 9km dari rumah berbanding sebelum ini yang hanya berjalan kaki ke sekolah.

Ckg Mestan telah memberikan beberapa contoh borang yang perlu dilengkapkan sebelum datang mendaftar. Pihak sekolah kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak Sk.Pekan Tongod (Sektor Pendidikan Khas) kerana sudi meluangkan masa bagi pertemuan ini. Terima kasih.



 Saya diberi taklimat oleh Ckg Mestan



  Penerangan dengan lebih lanjut kepada ibu bapa oleh Ckg Mestan


 Ckg Vincent berbincang dengan Ckg Rebecca (Guru Pendidikan Khas)


 Salah seorang murid Pendidikan Khas sekolah ini belajar
Murid : L = Coleng
Saya : hahaha
 Moral : Murid Pendidikan Khas sangat lucu..


2 orang anak murid saya bakal belajar di pendidikan khas


Contoh surat dan borang yang perlu dilengkapkan





Tuesday, May 13, 2014

Muridku menduduki peperiksaan

Hari ini 14hb Mei 2014, seramai 10 orang murid pemulihan khas saya mengambil peperiksaan pertengahan tahun. Antaranya ialah, Alexander, Calvelyryana, Viantikah, Alvienne, Elyanie, Evy, Nurul, Jesnita, Adeson dan Hendryus.

Subjek ketika ini adalah Bahasa Melayu kertas 1. Saya mendoakan agar mereka dapat menjawab setiap soalan peperiksaan dengan betul.

Thursday, March 13, 2014

Murid Pemulihan Khas Bersama FROG VLE

Pembelajaran secara maya bukanlah sesuatu yang asing bagi murid pemulihan sekolah ini. Namun, penggunaan Frog Vle merupakan suatu yang baru bagi mereka. walau bagaimanapun, penggunaan Frog Vle merupakan satu pengalaman menarik bagi 7 orang murid saya pada tahun ini. Keceriaan meeka mengikuti P&P jelas ketara di raut wajah mereka. Ditambah pula dengan menggunakan "papan keyboard" individu yang menarik..





Wednesday, February 26, 2014

3 murid kiandongo menjalani rawatan "Outreach"

Alhamdulillah..
Setelah sekian lama merancang, akhirnya selesai juga pagi tadi..

3 orang murid pemulihan khas saya telah menjalani Outreach di Klinik Kesihatan Tongod.Doktor telah memberi saranan agar mereka dihantar bersekolah di sekolah integrasi pendidikan khas.
Terima kasih doktor, terima kasih juga kepada ibu bapa yang menyokong sepenuhnya tindakan pihak sekolah.. semoga masa depan kanak-kanak ini akan lebih terjamin dengan ilmu pengetahuan yang ada..