Monday, August 27, 2012

Mesyuarat dan laporan pemulihan khas 2012




MESYUARAT PENGURUSAN PEMULIHAN KHAS DAERAH TONGOD (TELUPID) BIL.1/2012

Antara agenda yang telag dibincangkan adalah:

1. Pembentangan data Linus Tegar Saringan 2 dan 8
2. Laporan pelaksanaan dan post mortem program Kasih Ditabur Budi Disemai
3. Pelaksanaan Program Kajayaanmu kecemerlanganku




 19 orang guru yang hadir.













PERBANDINGAN DATA LINUS TEGAR PPD TONGOD (TELUPID) 2012

PERBANDINGAN DATA LINUS TEGAR PPD TONGOD (TELUPID) 2012

Tuesday, February 28, 2012

Bahan Pemulihan Khas 2012

Kepada semua guru pemulihan khas,
di sini saya ada upload beberapa bahan yang mungkin bermanfaat untuk kita kongsi bersama.
saudara boleh muat turun melalui page Download.

Memandangkan ada di antara kita yang sering mengalami masalah kewangan dalam melaksanakan program pemulihan khas di sekolah, di sini juga saya sertakan surat siaran daripada JPN yang boleh kita gunakan untuk perbelanjaan kelas pemulihan khas kita. Sumber kewangan boleh didapati melalui PCG BM, Mat, dan Kaunseling. terpulang pada kebijaksanaan anda berunding dengan GB.

Bagi yang belum mendapat maklumat terkini, kita sebagai guru pemulihan dikehendaki memberi bimbingan semula kepada bekas pelajar pemulihan tahun 6 sekarang untuk lulus UPSR.


Selamat berkongsi maklumat.

Terima kasih.

Wednesday, January 11, 2012

3 PEJUANG MUDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kepada semua guru pemulihan dan guru linus, selamat bertugas semula di tahun baru 2012.
Syukur Al-hamdulillah. murid saya pada awal tahun ini hanya 3 orang saja. Semuanya tahun 2.
Inilah dia wajah-wajah yang masih tegar. Semuanya comel-comel.
Saya namakan diorang sebagai pejuang muda yang berjuang untuk menguasai 3M.
Nampak macam OK jak. harap-harap dapatlah melepasi ujian pelepasan bulan 3 ni nanti.