Tuesday, August 18, 2009

Maklumat am

Pamplet



Aktiviti murid pemulihan khas









































































































Ini adalah sebahagian daripada aktiviti yang telah dilakukan terhadap murid pemulihan khas. Aktiviti yang dibuat bukan sahaja tertumpu di dalam kelas tetapi juga di luar kelas. Hal ini bertujuan menimbulkan minat murid untuk belajar dengan suasana pembelajaran yang ceria dan seronok.

Antara aktiviti yang dibuat dalam kelas seperti menyusun huruf, mencantum suku kata, membuat terapi, membunyikan vokal dan lain-lain. Aktiviti di luar kelas pula seperti mandi pagi, berus gigi dan kembara ilmu.

penambahbaikan kelas pemulihan khas









Setelah sekian lama kelas pemulihan ini berada dalam keadaan kritikal, kini ia telah berwajah baru. Hasil usaha sendiri dengan dibantu oleh tukang kebun dan kerani, telah menjadikan kelas pemulihan ini lebih selesa dari sebelumnya. Murid kini dapat belajar dan melakukan aktiviti dengan pelbagai alat bantu mengajar dan kemudahan yang ada.

Friday, July 17, 2009

Pembentukan Pemulihan Khas Di Sk.Kiandongo



Sk. Kiandongo Telupid telah menubuhkan kelas pendidikan pemulihan khas pada tarikh 22 Mei 2007. Ketika ini, sekolah telah memiliki 7 orang guru termasuk GB. Jumlah murid pula dianggarkan seramai 116 orang.

Keadaan infrastruktur sekolah pada saat ini adalah pada tahap yang sangat mendukacitakan. Kelihatan terlalu banyak kekurangan yang menyebabkan sekolah ini nampak usang di tengah kemajuan negara yang dikecapi.

Pada awal penubuhan, jumlah murid pemulihan adalah seramai 23 orang. Jumlah ini adalah di mana murid seperti berada dalam keadaan tidak mengenal suku kata secara total. Saya merasakan tekanan yang teramat sangat. Ditambah pula, kekurangan pengalaman dalam mendidik murid pemulihan khas. Hal ini bermakna, saya terpaksa melipatgandakan usaha demi memastikan misi objektif pendidikan pemulihan khas ini terlaksana dengan jayanya.